Pengumuman

PENGGUNAAN EMEL SIGNATURE SEMPENA HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2019

Sukacita memaklumkan, Jabatan Penerangan Malaysia melalui Bahagian Media dan Komunikasi Korporat dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Media dan Publisiti Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2019 dan bertanggungjawab melaksanakan aktiviti promosi dan publisiti sempena sambutan tahun ini yang bertemakan Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih.

2. Sehubungan itu, bersama-sama ini dimajukan artwork emel signature yang boleh digunakan sehingga sambutan Hari Malaysia 2019, sebagai salah satu elemen promosi sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia pada tahun ini.

3. Besar harapan kami agar Tuan / Puan dapat memberikan kerjasama dengan meletakkan emel signature (selepas nama dan nombor perhubungan Tuan/Puan) sebagai salah satu usaha menggelorakan semangat patriotisme dan seterusnya menyemarakkan lagi sambutan ini. Segala kerjasama Tuan / Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

Emel signature

Muat Turun (klik kanan & pilih “save image as” atau “save target as”…)

Cetak